CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Welcome to my Blog! -Nur Shafinas Ismail ^^,

Saturday, March 26, 2011

Budget ke Langkawi

sekarang ni meh kita togethergether usha budget aku ke Langkawi.
okay,seminggu sebelum tu kena rancang perjalanan kita dulu la
untuk contact pihak yang berkenaan macam urusan
sewa kenderaan,hotel,motel,chalet dll.
click SINI  dan SINI untuk tengok gambar kat sane ok ;)

Langkawi.22-24 March 2011.

22 March 2011
kitorang bertolak dari rumah pukul 10pm
isi minyak kat petronas dan nampak kedai burger.
singgah la!! apa lagi gaya adikadik aku kan. lol.
damn sick..lambat sejam dah. so,kitorang bergegas kul 11pm.

23 March 2011
destinasi kitorang adalah K.Perlis sebab taknak ke K.Kedah.
takut pening kepala yang amat sebab 2jam perjalanan/sehala.
selain itu ianya juga tiketnya juga agak mahal
dewasa RM23/sehala,kanakkanak RM18/sehala
berbanding laluan dari K.Perlis 1jam perjalanan/sehala
dewasa RM18/sehala,kanakkanak RM13/sehala
sampai kat K.Perlis dalam pukul 6am kot. tak berapa pasti.

erm, tak cari parking kereta pun,ada la orang yang uruskan.
beratapkan bumbung RM10/sehari,beratapkan langit RM8/sehari.
then, pi beli tiket feri pukul 7am untuk
4dewasa dan 3kanakkanak berjumlah RM111
sampai di Langkawi pukul 8am camtu.

dah keluar dari feri muka pun macam muka seposen kan?
tak cukup tidur jadi pemandu arah my dad n sis kat kereta smlm.
ha ha ha.. masuk tandas kat jeti kuah RM0.30.basuh muka dan
tukar baju semua sebab nak pi sekolah ambil result SPM.

sewa kereta avanza RM130/sehari. dapat sewa yang baru!
murah pulak..best dan syiokk gila la kan..
kalau sewa tempat lain mau taknya RM180/sehari.. gila tak syok.
angkut barang semua masuk kereta dan blahhhh.
mulalah percutian kitorang kat Langkawi ni.

aku jadi pemandu arah lagi sebab aku dah duduk sini 2tahun.
Sekolah Menengah Teknik Langkawi.
untuk pengetahuan semua,aku taksuka outing.
so,ada juga aku tersesat jalan. balik jalan lurus semula
walaupun jalan kat langkawi agak berputar belit kan.. ha3
my dad taktahu nak ikut jalan mana. haish.
lapar dan kitorg semua cari kedai nak sarapan pagi..
ikut korang la nak sarapan mana. banyak sangat pilihan.. ;)

dah pukul 9.50am. my dad n family ikut aku ke sekolah.
niat hati nak ambil result SPM kul 10am..
dupdap juga rasanya,sampai senak perut segala..
tapi kat pintu kenyataan 'cakap' pukul 11am. chaish..
bertambah senak lah perut aku kali tu. demn.

kat sekolah aku dok sampai 12.20pm je.
cop surat berhenti sekolah ,bersalaman dgn cikgucikgu dll.
uruskan perihal 'dewasa habis sekolah'.

terus sahaja kita bincang pasal budget. he3
so,aku balik ke motel yang kitorang sewa.
CD Motel. family deluxe RM 110/sehari
ada 2 katil, new renovate room and toilet,aircond,kipas,& tv
depan pantai chenang dll. best la situ.

dah mandimandi freshkan diri, kitorang pi cable car.
INGAt! pi sana kena bawa IC, so malaysian!
u guys dapat pricecut.dewasa RM15 kanakkanak RM10
kalau warga asing dewasa RM30 kanakkanak RM20.
tapi tak berapa best sebab time tu tengah hujan so kabus banyak!
bukan rezeki nak tangkap gambar best atas tu.
pi telaga tujuh. jalan kaki naik beriburibu anak tangga
hihi,menipu je.. tapi masih sakit juga kaki aku hingga ke harini..

dah tu kitorang cari kedai makan.. lapar gila gila tuut dah.
makan depan pantai chenang je, restoran melayu.
aku tak pi underwaterworld. bagi aku ianya tak berapa best. hi3.
alaa,macam kat Aquaria KLCC je.

siap makan balik tukar pakaian dan bermandi manda kat pantai.
minah dan mat saleh seksi, haih, tergugat iman ke?  ha ha.
malam tu tengok tv je.
cadang nak ke pasar terbatal sebab aku tidur tak sedar diri. ;D

24 March 2011
pagi tu aku bangun pukul 5am.
siapsiap mandi,solat etc. my dad, my mom n sis,hannis
ronda langkawi cari sarapan pagi.
shidatul,eika dan balqis sambung tido la apa lagi kerjanya kan..
jumpa kedai mamak beli roti canai dan milo ais.

siap sarapan sambung mandi kat pantai dari pukul 7-9am
habis tu pergi lubuk semilang.
mandimandi dan aku drive time balik. ;) best tak jammed pun!

checkout pukul 2pm.
pergi beras terbakar tak jumpa, then cari makam mahsuri.
dewasa RM5 kanakkanak RM3.
balik tu pi cari lagi beras terbakar sampai jumpa dan sampai!
rupanya tempat tu tersembunyi di sebalik pasar kat
jalan padang matsirat tu.. dahla kecik tempat tu..
ala,tempat orang berniaga cenderamata je.
kat situ my mom beli minyak gamat n keychain sbg cenderamata.

pergi beli tiket feri untuk balik dan kembali ke pekan kuah.
beli chocolate,kain batik dan pelekat kat Haji Ismail Group.
entah beli apa lagi...
dan cari makan petang. kat depan jeti kuah.
habis je makan bergambar di dataran helang..
agak pukul 6.30pm. kitorang bergegas ke jeti angkat barang
dan pulangkan kereta sewa.. sebab tiket feri kitorang pukul 7pm..

sampai pukul 8.30pm kitorang ambil kereta dan
angkat masuk barang dalam kereta..pi gent and ladies jap. hee3
kul 9pm bertolak pulang.. lalu kat highway bukit kayu hitam.
best je jalan lalu situ.. kalau lalu kangar mahu
pusingpusing belokbelok entah kemana. dahlah byk hutan.
sampai rumah pukul 6.30am sebab banyak kali berhenti kat RNR.
ngantuk sangat dah exchange pun ngantuk sebab penat yg amat..

END.

No comments:

Post a Comment