CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Welcome to my Blog! -Nur Shafinas Ismail ^^,

Wednesday, November 2, 2011

Light Grafitee / Light Tagging TUTORIAL

DSLR D3000

This is my second camera. I love my first but its being stoled before, and because of that. my mom n dad bought me this.


First thing that you need is a DSLR or just any other digital camera and setting it with
BULB ,  f5.6 , ISO 100, 200 or 400. the lower of ISO, the better.

use a tripod to avoid blur / shaking effect
NOKIA  1650


I love this, macam 3310 kan. boleh buat stok baling anjing orang kata. haha.  yang aku suka lagi because there's a cute LED torch on top of it. you can use that source of light. no offence :)

LED Police Light RM 50

I bought this on MARCH 2011 at the FRIDAY night market, KAPAR, KLANG, SDE.
RED n PURPLE LED RM 10

this also, abang tu bagi murah sikit. RM 50 + RM 10 = RM 45. hehe. diskaun-diskaun...
ASUS A43S PINK 4GB RAM

no need to install anything, but  if you want to touch up a lil bit, you can use photoshop or anything else.

Torchlight effect

Torchlight effect


Nokia 1650 effect

Led Effect, look at the back, nice example not using the tripod

Budget Langkawi.

Jetty Kuala Kedah - Jetty Kuah Langkawi :
Children RM 18, Adult RM 24

Jetty Kuala Perlis - Jetty Kuah Langkawi :
Children RM 13, Adult RM 18

Kuala Lumpur International Airport with MALAYSIA AIRLINES
Low Cost Carrier Terminal (LCCT) with AIRASIA
Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang Jaya with FIREFLY

Cable Car, Langkawi :
Non-Resident ,
Children RM 20, Adult RM 30
Resident with Identification Card (IC),
Children RM 10, Adult RM 15

Makam Mahsuri :
Non Resident ,
Children RM , Adult RM
Resident with Identification Card (IC) ,
Children RM3, Adult RM5

CAR RENTAL
http://www.tiaraholiday.net
http://www.langkawihotline.com
http://telukyuholidays.blogspot.com
http://keretasewa-langkawi.com


PACKAGE
http://pakej-percutian-langkawi.blogspot.com
Langkawi Package
http://www.pakej-langkawi.com
http://my.88db.com/Travel/Travel-Package
http://www.panduanmelanconglangkawi.com


CLICK HERE and HERE for more. ;)

Wednesday, August 31, 2011

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir n batin ;)

Hehe,first time Aku post something setelah berkurun lama tak update apa2. Skrg pun update guna iPhone habaq kat hang. Wee...mmg Aku idamkan selama ni after blackberry. Apa pun selamat berhari raya. Salam Aidilfitri maafkan zahir batin.. If nak tgk gambar raya datang la tgk kat
facebook Aku okay. Keep touch. Watchyoulaterrr ;)

Tuesday, August 2, 2011

Happy fasting ;)

Assalamualaikum wbt

amacam puasa? okay x?
harini hari ketiga puasa. lama gak aku tak post entry baru.

hmm sedih kan takdapat buka puasa dgn family. T___T
seminggu sblm raya baru dapat balik. thats all. kbye.

Selamatberpuasa, Selamatbertarawih, Selamat berQiamullail. ;D

Saturday, July 16, 2011

Jyeah! I got a new ASUS netbook. wee

macam2 penyakit warna aku ada sekarang ni.
idk why but, never mine. its pretty cute aite?
cooler, backpack etcetc pun semua pink.

oh, im go green im go pink!
jyeah.. 4gb ram 500gb hdd etcetc.
nvidia 1gb Pentium window 7.
A43S pink series. RM1999
thanks ma, thanks abah. ;)

Friday, July 1, 2011

long time no see.lol ;D

salam! ;) lama kan aku tak hupdate blog aku ni?
takpe takpe,aku minta maaf la blog. siannya tak terjaga.. kui3
anyway,thanks to my mom sebab support my blog dengan
membeleknye setiap hari even aku takde post
dan idea baru untuk merepek. hehe

banyak assignment, banyak quiz dan
banyak juga perjumpaan akhirakhir ni..
penat gak sebab lepas balik je ada tu la... ni laaa..
its okay. syok? boleh laa..

nak cakap mood aku gembira takdelah sangat
rindu je nak balik rumah. lagi dua minggu kot!wooo..
aku naik bas Sani Express sit first. kawan2 aku dok belakang
dan ada yang dok kat bawah. bukan bawah tayar la.
doubledecker je ha..

test pun melambak.
lawatan yang sepatutnya aku pergi semua batal
padang besar dan alor setar, sedim dan
gunung stong sebab diorang clash dengan
jadual yang gila pack tu la..so,takdela kem tuk sem ni.
mungkin aku akan ikut ke kemboja.
dalam perancangan. belum tanya mak lagi..
hari2 call mak tak cakap pun? hehe,mak jgn marah ea.

haritu ada presentation BEL
to describe my family in my own words.
aku cerita la kat kertas yang aku tulis
dan reka ikhlas dari hati aku en.
ramai yang minta baca n diorang sampai ada yang nangis.
hu.. gerun je aku tengok diorang nangis tu..
padahal aku belum present..
kalau aku present taktahula ape jadi.. haha

dan kesatria brassband aku dapat tenor saxophone.
hok besaq gedabaq tu la. lepas tiup muka supo
macam lepas hisap ganja je. pening seminggu..wuii..
haha. pastu aku takde idea la ape nak cakap dah..

thats all, thank you.nyte. salam

anyway,I love U ma.., I love my family <3 ;)

Thursday, June 9, 2011

hye hye hye! hehe..

assalamualaikum.. sory tak dapat update semalam..
kelmarin dan hari sebelumsebelum tu..
bukan apa.. busy gila la.. yela,semalam jadual pack,
harini pun agak penat sebab ada latihan kesatrians..

kalau sempat online pun just for checkin my
noty noty kat fb.. bukan nakal la. its notifications! ;)
disamping tu aku baca la balik apa yg aku post sebelum
ni sekilas lalu.. mana tau kalau ada benda yg tak
patut dibaca, yg xpatut kita nampak/perlu mereka ketahui..
bukan apa, dahla pahala sikit
buat dosa kering habis terus semua tu.. haha....

aku baca post tu sekilas lalu pun buat aku rasa gembira
dok senyum sorang2 depan lappy roomate aku ni.
sampai depa kata cani...
''weh pinat! hg dok 'renyih' pa sorang2? gila kot!!!''
renyih tu means senyum colgate.. ada faham?
pastu aku balas balik
''biaq pi la kat aku.. hang ni pun..kacau ar!'' he3

garang tu garang tu.. padahal dalam hati ade
taman permainan.. hahaha.. lol xp

okay,ni nak cerita la sikit.. masa aku nak pi
kesatria tadi.. aku tunggu roomate2 aku siap..
hai,lambat guh la depa dok siap.. azira n ida
dan seorang lagi jiran sebelah, loli

time nak turun tangga tu...
aku xtau cane lak hp nokia azira yg keypad byk tu
tetiba jatuh kat tangga.. masa ida nak halang..
tgn dia menghalang dari tepi yg selamat
means, tempat bahaya sebelah yg lagi satuu..
apa lagi! dahla jatuh dari aras 3.
tingkat 4 la senang cite..

sekian sahaja hp tu cium lantai kat groundfloor..
ianya berkecai sejuta..
orang ramai dok kerumun la tengok natang tu berkecai
macam ade tragedi kemalangan besar!! haa..
wa cakap sama lu! ramai dok kerumun!

tapi pelik..
kawan aku sorang ni still boleh senyum! hu..wtfish!
hp mahal kot! dah dia gelak,aku pun join la gelak.
kitorang gelak ar sampai la ke padang kawad
memang xboleh belah la situations td tu..
btw,memang superb la.. walaupun hp tu dah berkecai tadi
function dalam hp tu still waras lagi doh..
cuma function memory card biol sikit.. kena reformat balik..

k dah dah.. aku rasa aku dah melalut..
aku jugak rasa yang post aku harini tak dapat
membuatkan korang gelak..
sebab aku tak tahu apa sebenarnya
yg aku nak sampaikan harini..
em,blh kata membiasakan diri menaip kat keyboard jela..
so, bosan2 pun leh buat sesuatu perkara yg berfaedah kan?
dari buat benda2 yg ha erm jadah.. hahaha

dari dok merempit ke, dok menyangak ke
dok merayau tak tentu hala ke...
baik la sgt kalau korang dok dalam bilik pasang lappy
buat assignment bagi siap.. sambil2 tu leh fb2 jap.. he2
ye, leh add orang.. sambilsambil tu pun markah assigment
pun still meninggi lagi.. en en? thats the point! ;)

okay, i havva class tomorrow. till then..
salam.

Sunday, June 5, 2011

co carry cooler club ;)

okay, malam ni disebabkan nak dapat sticker xtvt kolej,
kitorang perlu ke mushroom untuk register kelab persatuan.

so, mulamula aku datang aku terus register untuk
kelab fotografi. pastu kawan aka roomate baru aku
nama dia saidatulnur ajak masuk ITF Taekwondo
masuk pi la untuk temankan dia.. haha..

pastu,rasa tak cukup aku register pulak for kereks aka
rekreasi sebab nanti ada kem ke gunung stong n sedim.
dari dulu aku nak pi sane kot sebab membe2 lama aku
cakap ianya sgt menarik! haha.. woo wooo... bestnyee..

pastu dah ramai2 kawan aku masuk prostar,
aku pun masuk la jugak. hahah.. gila tamak kot!
dah masuk nak masuk mende lain lg...
tak percaya? lepas aku register prostar ni,aku register pulak
untuk..... persatuan pencak silat.. hahaha
disebabkan oleh pertunjukan yg dia buat.. hmm. ;)
tamak en tamak en? hehehe

lepas register semua tu,aku rasa cukup la kot..
n i'll try my best untuk memberi komitmen padu
untuk attend semua perjumpaan2 tu ;) insyaAllah.

jalan2 pi gerai2 beli burger n chocolate blended.
dok la kat tepi2 mushroom ramai2.. ha,dok sampaila
dapat sticker yg menjanjikan kita kolej tu..

hmm,tapi kan, aku register tu sbb aku minat
dan ianya bukan semata2 sbb sticker..
so,korang takyah rasa aku ni tamak kot.. haa..

balik dalam kul 10.40 dan sampai bilik kul 11pm..
yela, jalan pun macam apa  tah.. tak larat..
so,sampai pun cam tak larat dan lambatlah jawabnye..

okay, itu je cerita malam ni..
kalau ngantuk tido, kalau tak ngantuk
bacalah entry seterusnye esok.sekian,terima kasih...

Saturday, June 4, 2011

Alor Setar today..

bukan lah sesuatu perkara yang baik untuk menceritakan
perkara yang buruk kepada korang korang ni semua.

jadi, disini kita hanya membincangkan rasa kasih sayang agar
hati dan hubungan silaturrahim kita sentiasa dalam keadaan
baik dan aman damai.. sentiasa berkekalan hingga ke akhir zaman
so,make your day now ye kawannkawann... ;DD
tapi kalau ada tu, tu aku geram sgtsgt la tau tau.. ha3

okay, kul 8 tadi kitorang bertolak ke bilik koko jap
beli baju kokurikulum for kesatria, n surely,
im under the brassband company HBUAE..
beratur gila panjang walau datang awal2 pagi tu..
namun begitu,alhamdulillah, jadual kitorang untuk ke Alor Setar
tetap berjalan pada masa yang ditetapkan...

Naik teksi dari UiTM Perlis ke KTM Arau RM8.00/one way per taxi
Naik tren dari KTM Arau ke KTM Alor Setar RM2.60/one way per head

haha..tempoh perjalanan agak2 lebih kurang sejam camtu la..
kat Alor Setar tu kita dapat tengok
City Plaza dan Pekan Rabu.. paling glemer la ni nk habaq kat hg...
tgk-tgk boleh tahan la.. byk benda yg aku minat ada kat situ...

kitorang jalanjalan kat city je..
cadang nak tgk movie Pirate, tp..
ada movie karak dgn movie ape tah.. haiyaa..
dah tuu kitorang pi lunch McDonald...haaa
belagak macam orang len tak pernah pi!
cam hampeh.. hahaha =.='

dah shop banyak-banyak mende tu baru aku teringat
aku kena beli tudung putih utk xtvt koko..
so,aku cari dan cari la tudung yang menepati ciri
tudung putih yang dimintaknye oleh UiTM tu..

tp yg aku pelik sgt la en,tudung hok yg
bawal cam biasa tu takdak? walhal tudung lain cam
pashmina,selendang melambak kot! murah pulak! chaisshh.
yela, ingatkn budak u tak macam budak sekolah dah... ;(
so, aku tak bwk la tudung putih masuk U ni. haiss...sobsub -,-''

dah letih aku cari tudung tu aku keluarlaa jap
dengan azira. roomate baru aku...dia pi guardian.
aku pulak ke kedai beg.. yela,aku
mmg teringin sgt beg sbb buku kuliah tebal masyaAllah
so,aku belila sebuah untuk meringankan beban
not bad la. reka bentuk cm agak2 rock sikit.
its okay.. berbaloi sbb best dan murah.. wuu

dah penat berdiri tu..
aku dok la kat tangga luar city plaza tu..
yup,sementara diorang tapaw mcd utk dibawa balik ke bilik..

tetibe nampak classmate aku time f4f5...
so,aku tegurla dia.
ha,nama dia fadzrin,,,keje mcd  part time..
sbb mamat ni sekolah form6 kat
teknik alor setar.. dah tegur2 tanya pasal
masing2 then,dia suh aku kirimsalam kat fatimah..
selesai pertemuan tu,kwn2 pun dah siap,
so,kitorang pun beransur pulang ke uitm
dan ada juga yg ke matrik..

sesudah sampai ke arau kitorang naik
teksi dgn pakcik cina ni. pakcik ni tak best langsung...
tak cool macam pakcik yang awal2
hantar kitorang ke ktm pagi tu
lantak pi la kat dia...
1malaysia pun dia taktau kot..
dahla...janji aku dah sampai balik ke UiTM pada pukul 6pm..

habiss..

Thursday, June 2, 2011

agak-agak la pun.. ha3

okay. harini aku cuti. takde kelas!!
wuu. rehat sebentar bersama katil ku syg..  ;)

berenang-renang ke lautan,
berakit-rakit di sungai,
tidur mata bermimpi-mimpian,
sampai rasa tak sedar diri.. hahaha

semalam dan mimpi aku harini sgt weird kot..
takyah la aku nak cite k. biar aku sorg je tau ;DD
sbb agak memalukan aku sikit
cz ada unsur-unsur childish disitu..

disamping menyiapkan homework dan bukan assignment..
aku bangun awal jugak pagi-pagi ni.
enak bermimpi pastu.. sakit PERUT ! spoil betull. hee
and then, aku terus berlari mengejar menuju toilet untuk melabur
walhal,aku belajar akan pelaburan ni sem 5 kot. hahaha.

disamping usaha untuk menidurkan diri ini kembali
dengan mendodoikan diri dengan menaip isi hati..
tak kira resah,tak kira mati..
aku masih setia menanti...
never mind katill!! here i come!! ;)

chaaishh, ayat xboleh bla.. haha..
ok,salam n gud nite.

Assignment dan Assignment dan Assigment.

korang tahu tak apa tu ass sign men. haha. aish.
baru je bljr BEL10 grammar pasal mixed nouns
apa nama tah natang nouns tu..
kalau mix jadi la perkataan assignment kan kan?
wuui!.. korang pikir ape tu? jgn jgn jgn.. hahaha

baru je pas minggu destini siswa tu bermulalah
kuliah kuliah yang sgt sgt best tapi bilik kuliah dia...
makaih..jauh sgt dari kolej kediaman aku.. =.=''
paling cepat pun dlm 15-20 minit ikut tangga cave
kalau lalu depan orange dan PI agak 30 minit gak kot..

so,aku hanya balik kalau ada gap panjang dalam jadual aku
kalau tak,aku tak balik bilik dah. ..
except tghari dan petang untuk tunaikan solat..
untuk sem ni,alhamdulillah jadual aku tak berapa
pack dan tiada juga kuliah malam. so, im pretty enjoy with it ;p

baru je mula kuliah en, dah ada assignment itu ini,
nasib baik assignment aku dah siap.. hahaha.
aku takde group wat masa sekarang sebab kumpulan BMD1Bh
ada bilangan group ganjil dan aku yg susah nak sesuaikan diri ni
sorang2 jela wat assignment tanpa group. sedih kan sedih kan?

kawan2 group lain ada tanya la jugak.. camni
e.g:Dia: kenapa taknak kawan dengan kitorang?
     Aku: tak biasa la.. kita tak suka nak tegur orang..
     Dia: oo, kitorang ni muka macam makan orang ke?
     Aku: wuii,takla.. nnt dah lama kita okay la..
              but im think its just not now, myb..

haa, ayat macam aku ni belagak nak mampuih en en?
tapi, thats not actually me,
cuz im really enjoying to befriends people.
as long as whoever that know me,
they will always smilin and remember me... aite?

okay, kalau assignment datang berlambak nanti
bak ketulketul batu dijalanraya
bak salji-salji di kota eropah sana.
bak ape lagi? ape ape jele....
aku harap, aku dapat siapkan assignment dgn jaya dan kemasnya.
menjawab kuiz dgn matang tanpa malu segannya.

jadilah diri saya seperti diri saya dan seperti orang berjaya
insyaAllah.. ;)

Sunday, May 29, 2011

UiTM Arau Perlis.

tuut tuut.skrg ni dah seminggu aku kat dlm kampus UiTM Perlis ni.
ni update pun guna roomate aku punya lappy.
wifi hebat kot! laju menggila. tapi yang penatnya,
aku dpt bilik yg tinggi menggunung bak gunung everest.lol

sekarang MDS pun dah habis,minggu OC membuli pun habis,
dan ianya bermakna minggu gembira riang ria pun tamat la..
jadi yang bergelar new siswa n siswi tu belajar la rajin2 ok.
may Allah bless you.

penat mencari bilik kuliah sana dan sini
kehulu kehilir mencari Al - Farabi.
maka dgn keizinan-Nya.
sy penat sgt lalu terlena seketika.. huu..

apa tu mushroom?
mushroom tu tempat pelajar duduk menunggu bas UiTM
untuk ke C Mart yang lebih glemer dgn panggilan Bavilian Arau.
dekat dengan KFC tapi tiada peluang anda ke MCd. =.=''
pasaraya terbesar asia tenggara.semua benda leh dpt kat sane
yg pentingnye punggung wayang pun xde.
melempar bowling pun xde.
semua tu kalau nak leh la pi ke Kangar dgn menaiki teksi RM10.
naik ramai-ramai la pi,jimat budget ye tak?
bagus la sbb menepati kriteria tempat
yg penuh dgn institusi pengajian tinggi.

apa tu orange?
orange tu tempat org membeli mkn pagi,mkn tghari, mkn malam
murah-murah dan agak sedap la mknn dan minumannya,
lebih baik la disitu pada sy dari mkn di dewan mkn
yang tak berapa best dan sakit perut sy dimasa MDS berlangsung.

diharap anda faham dgn ketidaksesuaian umur yg membaca.
kerana sy yang menulis pun rasa terkilan dan sedih kerana
xleh menghayati apa yang tersirat dihati sy.yela,cadang nak tulis lain.
dah menulis,lupa lak isi penting yg nak disampaikan..
kawan-kawan jangan jadi macam saya!
kerana sy hanya manusia LUARR biasa.insyaAllah ;)

okay,lupa berbincang mengenai group saya.
saya mendapat group BMD1Bh untuk DIIA/Dip.Investment Analysis
dan seterusnya group B juga utk kokurikulum group Brassband UiTM.
diharap anda bangga mendapat kawan sekumpulan dgn saya..

saya bangga menjadi anak UiTM.
UiTM dihatiku.darah yg mengalir itu diriku (^^,)

Wednesday, May 18, 2011

Watcha guys doin?

mesti tgh tido nyenyak : korang.
xpun siram pokok bunga kat luar rumah : baru wat leh la ckp ;)

haha. ni aku xde kerja la ni. nak tidur balik pun tekak wat hal.
hmm,okay.. lepas ni blog aku mesti berhabuk en en..
yela,dok universiti. xleh main dah blog n fb. tp depends la
kalau aku ada kelapangan masa,i'll post some. he he.

nak dijadikan cerita, ceritanya berbunyi begini...
Aku bangun tidur je kul 6.30 td,
tetibe kat otak aku dah berangan dpt anugerah Dekan.
cane tah leh terfikir tu semua.woo. rasa pelik dan weird gitu.


err, weird dengan pelik tu xsame ke? thinking..........









tapi sekarang ni, hal DekanDekan tu korang takyah fikir sgt k.
biar aku sorang je yg dapat 'title' tu sudah la. he he.

semalam aku dah 2/3 siapkan muatan berkapasiti tinggi.
2 beg BESAR, 1 baldi BESAR dan 1 kotak BESAR
haiya,apasal BESARBESAR semuanya maa?
sebab tuannya pun dah besar. dah nak masuk U dah pun
xleh dok bawah ketiak mak lg..isk.isk. 
=.='' sedih kauu.
nasi dah masuk perut. nak jadi bubur xsempat lak ;(






Tuesday, May 17, 2011

Sekolah Menengah Teknik Langkawi

Pasti ramai yang tertanya-tanya masa dapat tawaran ke 
Sekolah Menengah Teknik Langkawi ni.
cane rupanya,bentuknya.. cantik ke?
bosan taktau watpe asyik main facebook kan..
so,korang leh la tengok gambar-gambar ni kan. cuci mata sikit. ;)
Way to Hostel
from dorm5 Datai for aspura
Asrama Datai-Aspuri
Asrama Gasing-Aspura
From Kem Dato' Yusoff Haron for school n seaview
Teacher and fellow follow. he3

dewan Mat Chincang
Way to Bengkel Ternakan
Sangkar dan Kandang Ternakan
Hidroponik-Agroteknologi
way to hostel,kediaman guru dan bengkel
Bengkel Hortikultur Hiasan Dan Landskap

Langkawi Budget

mesti korang ingat aku ni pemalas gila tuuts sebab
aku malas gile kot nak upload gamba kat sini. he3
gambar dah berapa bulan baru upload! chaitt
budget REFER POST SEBELUM NI. dan INI JUGA!
diam diam sudah la ye. so,sebab aku sian la org
dok search budget ke langkawi tp xde gamba lak.
here is it. enjoy la ye ;)
Jeti Kuala Perlis
Jeti Kuah,Langkawi
Kuah, Langkawi
Air Asia-Padang Mat Sirat
Malaysia Airlines-Padang Mat Sirat
Dataran Helang,Jeti Kuah
Pantai Chenang
Pantai Chenang
Lubuk Semilang
Lubuk Semilang
Lubuk Semilang
Cable Car
Cable Car
    
Makam Mahsuri
Jeti Kuah,Langkawi

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu kepada Pn. Rodiah Awang! ;)

I'd Really LOVE You
Rodiah Awang ^^.






mak,
takpayah la finas nak cerita sedih2..
raikan hari ibu dgn gembira kan mak kan.
hea ^^.mak,..
finas gembira sebab mak adalah mak finas.
i love you soo much, u're everythings.

Alhamdulillah. I've got offer from UiTM for Diploma in Investment Analysis.

oh em jayyy! apasal panjang sangat kan tajuk harini.
lantak lah.aku peduli hape en?ops terkasar bahasa lak.sory. hehe
so, apa yang aku nak beritahu kat korg adalah:
aku dapat offer UiTM kat Arau Perlis. hais hais.dapat jauh-jauh lak.

okay setelah result UPU keluar haritu aku tak senang duduk la.
sebab tu aku takdapat nak kongsi cite ni kat korang. <-ayat poyo
haha. maknanya aku punya interview untuk degree sains Senibina
aka Bachelor of Science Architechture untuk UiTM gagal la kan.
nak wat cane. bukan rezeki.. sobsub -.-''

dip analisis pelaburan ni macam mana tah aku leh dapat. isk
pilihan ke 6 daripada 8 kot! apasal la tak dapat no.2 ke,
no3 ke, no 4 ke, no 5 ke,no 7 ke dan no 8 punya pilihan?
senang senang cakap program selain yang no satu tu la.

si finas ni pun. ^^.
hea,saja wat entry panjang2.
err,panjang ke??
hahaha

moh nengok same2 result tu ;D

Wednesday, May 4, 2011

no IDEA!

haih haih.. takde idea la nak post ape harini.
kepala blank hotak lg la blank en en?lantak p la aku cite apa pun!
ceh,garang cik shafinas kita harini..hahaha

hmm,ada cerita sedih lak harini.
aku baca blog orang pun boleh wat aku sedih. =.=''
its okay,yes.im still okay sebab someone want to talk with me ;)
tiada perlu tahulah kamu siapa itu. dia hanya manusia biasa.

ok,cadang nak tidur awal harini,tapi aku takleh tido.
update jela ape patut. haha .
yela,nnt korang ingat aku wat pekasam lak blog ni ha.. lol
sedang tunggu UPU ni ha. sambil tulis surat layang lah
surat cinta lah berbagai kerenah la kata org.

surat rasmi kepada pengetua la bhai wuii.
nak tukar sekolah form 6 yg aku dpt tu..
bhahaha... ok,aku tau taklawak. haih.
ngantuk dah.bye! salam.

Saturday, April 16, 2011

UiTM July intake interview.

16 april 2011.
Duduk punya duduk fikir hal negara tak habishabis
sampai takde idea nak menulis blog oltho lepas pilihanraya..
aku punya jantung pun still dupdapdupdap memanjang pas
diinterview utk sarjana muda sains senibina kat uitm shah alam td.
senak perut bagai nak meletup bhai.. naik luruh jantung aku.lol

tadi tu dia suruh lukis bentukbentuk
geometric macam dalam gambar ni.
tak sama sangat la macam mana dia
arrage natang tu.. haha

my lucky number is 08 ;)




so,lepas siap lukis kitorang dibawa untuk interview.
nasib baik no.08.. setengah jam tu cam berjamjam
aku berhadapan dgn malaikat mauut. cait,metaphore haha..
siap pukul 12pm kot.. dari kul 10am start interview..
baru number 08 beb.. no.100-150 tu sampai bila la siap ek?
huu..

so,aku tak berapa sure aku dapat atau tidak..
sebab saingan ramai sangatsangat la berbanding diploma.
ye,aku akui siap cepat dapat ijazah sarjana muda beb..
dapat la jimat masa setahun dua..

kalau aku takdapat mungkin aku dapat apa yang aku pilih
no2 kat sistem upu yg aku register tu.. refer la post sebelum ni.
lepasan spm boleh la check upu second week of may
for further info okay.salam.. ;)

Saturday, April 2, 2011

UPU application form.

harini 03 APRIL 2011.okay..
esok last date untuk kemaskini form tu kalau korang masih
raguragu dgn pilihan korang. CLICK ni! ;) untuk ke page tu.
untuk pengetahuan korang,aku isi ruang IPTA untuk ke UITM je.
dan ruang TEVT/ILKA tu hanya ke Politeknik shj...wuu..
tak tahulah samada ia masalah besar untuk aku sebab aku dah
takde peluang untuk kemaskininya lagi.

lepas pergi kat Selangkah ke UITM kat UITM Shah Alam
dan dengar diorang punya taklimat tu.. hai,menyesal gila kot..
rasa rugi sebab tak susun mengikut keutamaan.
hati kena tenang n tak boleh nervous sikit pun. T_____T

bak kata orang tuatua, tak kurang juga budakkecik
kepada muda remaja macam kita seperti kata pepatah
'meyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna..' sigh*

IPTA-UITM
pilihan pertama aku adalah Bachelor of Science Architechture.
mungkin tak masuk akal. lepas SPM boleh terus ke Bachelor ke?
tu aku xtaula. tengok kelayakan, aku memang layak memohon.
hanya berserah pada Allah s.w.t je sekarang ni. ;(
Kedua, Diploma in Civil Administration.
Ketiga, Diploma in Landscape Architechture.
Keempat, Diploma in Communications & Media.

TEVT/ILKA
First, Diploma in Graphic Design.
Second, Diploma in Secretarial Science.
Third, Diploma in Video & Film Studies.
Fourth, Diploma in International Business Studies.
At last, Diploma in Engineering (Petrochemical Process)

Thursday, March 31, 2011

I miss 'em.

hu~ rindu gila kat kawan-kawan sekolah.
ceh,aku sebenarnya tak rindu pun. err,im just pretending it.lol
siotnya bahasa yg dipakai dak ni.. ew, aku tak pakai k. haha

okay, as u can see kat my wall n info kat facebook,
kat situ ada nama sekolah aku en..
kalau korang kenal aku, alhamdulillah.
kalau tak kenal, jom kita kenal-kenal okay.. ha ha.

for ur info,aku xberapa guna sgt fb yg dipaparkan kat blog ini.
n you can add me by CLICK THIS! ;)

siapa kawan-kawan yang aku rindu tu korang takpayah tahu.
menyibukk je aih..

Wednesday, March 30, 2011

back off yea,burglaryy!!












sedang-sedang aku dok melamun baca blog orang.
tetiba,terdengar kaca tingkap slide pecah kat arah dapur.
kuat gila doh. tapi antara family aku yang tido tu,
akak aku je yg dengar benda yang sama..yg lain tido mati.
yela,tu kan style orang nak merompak sekarang en..

sekarang ni, aku taktahu nak buat apa..demn,,takut..
mati akal,mati pucuk,aish... haha.. nak terkencing dah ni
makaih, nasib baik rumah aku ada dua side.
side yang kitorang duduk ni banyak kunci pasak kat dalam.

side yang kedua tu,pintu semua hancur. rosak binasa
kerja penyamun-penyamun terdahulu..
ada sekali tu, time aku dok asrama la.
mak aku cerita yang perompak tu dapat rompak air laici
kat dalam peti ais je sbb tak dapat masuk side ni..

aku gelak sampai tak maumau la jawabnya..
tapi sedih la, dulu tak pasang pasak awal-awal kan..
kejadian masa aku dok asrama gak..
kena rompak mostly kerugian dalam lingkungan RM2000..

Dont judge me. I just doesnt like it ;)

mungkin korang pernah baca blog blog aku sebelum ini bukan?

bermula dengan fynazfynaz.blogspot.com
kemudian Im4nadiyy.blogspot.com
seterusnya kauhebat.blogspot.com
dan akhir sekali adalah blog yang sedang anda lihat menerusi
screen pc anda atau laptop,ipad,iphone dsb..

kisah itu adalah kisah lama,blog baru,permulaan baru.
dan pasti jika korang baca dengan teliti dan faham
korang akan tahu bahawa aku tak reti reka penutup
bagi sesebuah tajuk blog yang aku bincangkan..bhahaha..
okay then, peace!

Falling in LOve..



haih, susah betul bila kita suka kat orang ni, dia tak suka kita bagai perigi mencari timba dan timba mencari perigi kembali.. haha..hampir betullah peribahasa.. ha? perumpamaan ek? ceh,sapa suruh tak bgtahu aku awalawal..
demn. ;DD haha



dengan rasa sombong,riak,takbur dsb.
disini,aku ingin mengishtiharkan tiada lagi timba mencari perigi
perigi mencari timba..tetapi,manusia mencari manusia.. bhahaha

ini kerana, kajian mendapati peribahasa itu adalah pembohongan
nenek moyang yang mengada-adakan cerita menipu anak cucu
miot piot supaya menjadi kuno seperti mereka. kajian juga
mendapati bahawa timba n perigi adalah jenis hidupan yg mandul
tidak boleh diberanakkan kecuali diproduce oleh kilang berkaitan.

ha,ni anak muda jgn dengar kerana saya dapati saya juga
sedang menipu anda dalam keadaan separuh sedar, tidak koma
mahupun noktah di atas kerusi empuk empunya cina. lol.

cakap pasal jatuh cinta ni, mesti korang pernah pikat mana2 awek
atau pakwe2 kiut ala-ala jambu makaih.taktahu nak elaborate cne.
bila terfikirkan dia, makan xkenyang,tidur xlena, mandi xbasah.
eii,mesti korang bau busuk gila hancing tak mandi sebulan
kurus kerempeng tak terurus kusut masai ala pak pasai.
mata stim tak tido lena sebab teringat body shape anggun
bak puteri kayangan, body tough berketulketul bak juara WWF..
waktheheck? ha ha ha

Nobody's no way.











yea, after a long 'period' not peeriod okay? lol.
no idea because nobody's here.. woo.
now.12:30am 31 march 2011 takut gila tuut kan
bila kita tahu kita sorang je tak tidur lagi,
tetiba ada orang dok sebelah kita. demn..
gila lah, dah jem otak aku terbayang jika itu berlaku..

ha ha ha.. now,dah bosan gila tuut plus tuut dah.

baru lepas tengok movie kat tv2 'win a date with tad hamilton'
aku tengok cerita tu boleh tahan la. ade taraf 'coli'wood. kui3.
eh,itu bukan bahasa kasar/bahasa kesat yang boleh dimain disini.
main diatas katil? main diatas riba? main ditaman? didalam bilik?
tidak pun ruang tamu? itu yang anda telah lakukan pada
seorang yg berwibawa dan berjiwa kental setelah dia seharian
bekerja dgn anda semata-mata nafsu anda yg membara
dan membuak-buak macam syaitan durjana,durhaka, err,apa?
kerana online facebook 24/7 pada lappy,pc,ipad,n etc etc anda!!

apa perasaan anda jika saya bukan dewasa?
hanya kanak-kanak biasa yang berperasaan ingin tahu.
perasaan anda ingin meneroka dunia dgn ganas dan gelojohnya?
semua orang adalah sama, hanya dimata kita yg boleh menilai
samada baik/syaitannya seseorang manusia yg bernama manusia.

renungkan, apabila kanakkanak sudah mengetahui apa itu sexs?
apa itu romance? tahukah anda semuanya berpunca daripada kita.
tak salah untuk kita menyalahkan media
kerana media sudah menakluk dan menawan dunia.
hanya onkan layar yang bakal tertera terus menikam mata kita.
dan tercetus segala inovasi,kreativiti membentuk teknologi.

semuanya adalah kerana manpower,
kita hendakkan manpower yg betul power,bukan powerrangers.
tapi powerranggers akan selalu menghiburkan kita ;)
tak perlu gentar! kita diperlukan oleh semua warga manusia,
penganggur bukanlah penamat cerita bagi
seseorang cerdik pandai lulusan diploma/ijazah/master/Phd

bukanlah warga pati 'pendatang asing tanpa izin' sbg pelawat,
tetiba ditangkap basah masuk coverage berita di'tv3'.
gempak kan jika begitu? tapi nama baik dan reputasi anda akan
hancur berderai bak kaca2 berderai akibat kemalangan maut.
renungkan dan selamat! pagii.. ;D

Tuesday, March 29, 2011

Browser mana best?





click utk tgk browser aku ;)






Internet Explorer,Mozilla Firefox,Opera,Google Chrome,
Apple Safari,Thunderbird,Maxthon,Flock,Netscape dll

okay,yang aku underline tu,aku dah try. not bad la.
tapi internet explorer cepat jammed kan?
i'd prefer google chrome the best. ;) hee..

Saturday, March 26, 2011

Budget ke Langkawi

sekarang ni meh kita togethergether usha budget aku ke Langkawi.
okay,seminggu sebelum tu kena rancang perjalanan kita dulu la
untuk contact pihak yang berkenaan macam urusan
sewa kenderaan,hotel,motel,chalet dll.
click SINI  dan SINI untuk tengok gambar kat sane ok ;)

Langkawi.22-24 March 2011.

22 March 2011
kitorang bertolak dari rumah pukul 10pm
isi minyak kat petronas dan nampak kedai burger.
singgah la!! apa lagi gaya adikadik aku kan. lol.
damn sick..lambat sejam dah. so,kitorang bergegas kul 11pm.

23 March 2011
destinasi kitorang adalah K.Perlis sebab taknak ke K.Kedah.
takut pening kepala yang amat sebab 2jam perjalanan/sehala.
selain itu ianya juga tiketnya juga agak mahal
dewasa RM23/sehala,kanakkanak RM18/sehala
berbanding laluan dari K.Perlis 1jam perjalanan/sehala
dewasa RM18/sehala,kanakkanak RM13/sehala
sampai kat K.Perlis dalam pukul 6am kot. tak berapa pasti.

erm, tak cari parking kereta pun,ada la orang yang uruskan.
beratapkan bumbung RM10/sehari,beratapkan langit RM8/sehari.
then, pi beli tiket feri pukul 7am untuk
4dewasa dan 3kanakkanak berjumlah RM111
sampai di Langkawi pukul 8am camtu.

dah keluar dari feri muka pun macam muka seposen kan?
tak cukup tidur jadi pemandu arah my dad n sis kat kereta smlm.
ha ha ha.. masuk tandas kat jeti kuah RM0.30.basuh muka dan
tukar baju semua sebab nak pi sekolah ambil result SPM.

sewa kereta avanza RM130/sehari. dapat sewa yang baru!
murah pulak..best dan syiokk gila la kan..
kalau sewa tempat lain mau taknya RM180/sehari.. gila tak syok.
angkut barang semua masuk kereta dan blahhhh.
mulalah percutian kitorang kat Langkawi ni.

aku jadi pemandu arah lagi sebab aku dah duduk sini 2tahun.
Sekolah Menengah Teknik Langkawi.
untuk pengetahuan semua,aku taksuka outing.
so,ada juga aku tersesat jalan. balik jalan lurus semula
walaupun jalan kat langkawi agak berputar belit kan.. ha3
my dad taktahu nak ikut jalan mana. haish.
lapar dan kitorg semua cari kedai nak sarapan pagi..
ikut korang la nak sarapan mana. banyak sangat pilihan.. ;)

dah pukul 9.50am. my dad n family ikut aku ke sekolah.
niat hati nak ambil result SPM kul 10am..
dupdap juga rasanya,sampai senak perut segala..
tapi kat pintu kenyataan 'cakap' pukul 11am. chaish..
bertambah senak lah perut aku kali tu. demn.

kat sekolah aku dok sampai 12.20pm je.
cop surat berhenti sekolah ,bersalaman dgn cikgucikgu dll.
uruskan perihal 'dewasa habis sekolah'.

terus sahaja kita bincang pasal budget. he3
so,aku balik ke motel yang kitorang sewa.
CD Motel. family deluxe RM 110/sehari
ada 2 katil, new renovate room and toilet,aircond,kipas,& tv
depan pantai chenang dll. best la situ.

dah mandimandi freshkan diri, kitorang pi cable car.
INGAt! pi sana kena bawa IC, so malaysian!
u guys dapat pricecut.dewasa RM15 kanakkanak RM10
kalau warga asing dewasa RM30 kanakkanak RM20.
tapi tak berapa best sebab time tu tengah hujan so kabus banyak!
bukan rezeki nak tangkap gambar best atas tu.
pi telaga tujuh. jalan kaki naik beriburibu anak tangga
hihi,menipu je.. tapi masih sakit juga kaki aku hingga ke harini..

dah tu kitorang cari kedai makan.. lapar gila gila tuut dah.
makan depan pantai chenang je, restoran melayu.
aku tak pi underwaterworld. bagi aku ianya tak berapa best. hi3.
alaa,macam kat Aquaria KLCC je.

siap makan balik tukar pakaian dan bermandi manda kat pantai.
minah dan mat saleh seksi, haih, tergugat iman ke?  ha ha.
malam tu tengok tv je.
cadang nak ke pasar terbatal sebab aku tidur tak sedar diri. ;D

24 March 2011
pagi tu aku bangun pukul 5am.
siapsiap mandi,solat etc. my dad, my mom n sis,hannis
ronda langkawi cari sarapan pagi.
shidatul,eika dan balqis sambung tido la apa lagi kerjanya kan..
jumpa kedai mamak beli roti canai dan milo ais.

siap sarapan sambung mandi kat pantai dari pukul 7-9am
habis tu pergi lubuk semilang.
mandimandi dan aku drive time balik. ;) best tak jammed pun!

checkout pukul 2pm.
pergi beras terbakar tak jumpa, then cari makam mahsuri.
dewasa RM5 kanakkanak RM3.
balik tu pi cari lagi beras terbakar sampai jumpa dan sampai!
rupanya tempat tu tersembunyi di sebalik pasar kat
jalan padang matsirat tu.. dahla kecik tempat tu..
ala,tempat orang berniaga cenderamata je.
kat situ my mom beli minyak gamat n keychain sbg cenderamata.

pergi beli tiket feri untuk balik dan kembali ke pekan kuah.
beli chocolate,kain batik dan pelekat kat Haji Ismail Group.
entah beli apa lagi...
dan cari makan petang. kat depan jeti kuah.
habis je makan bergambar di dataran helang..
agak pukul 6.30pm. kitorang bergegas ke jeti angkat barang
dan pulangkan kereta sewa.. sebab tiket feri kitorang pukul 7pm..

sampai pukul 8.30pm kitorang ambil kereta dan
angkat masuk barang dalam kereta..pi gent and ladies jap. hee3
kul 9pm bertolak pulang.. lalu kat highway bukit kayu hitam.
best je jalan lalu situ.. kalau lalu kangar mahu
pusingpusing belokbelok entah kemana. dahlah byk hutan.
sampai rumah pukul 6.30am sebab banyak kali berhenti kat RNR.
ngantuk sangat dah exchange pun ngantuk sebab penat yg amat..

END.

okay, just read and ignore.



Guru tingkatan.
link fb:
Pn. Noor Emilia Azlina






dah sabtu baru nak kecoh fasal Result SPM kan?
tapi taklah seGEMPAK GEMPAK STARZ 
dan taklah pula dapat STRAIGHT A+'s kan.
kredit atau sekadar cukup makan? entahlah. 3A6B
pathetic T__________T
minusminus or plusplus tu tak payah tunjuk kot kan.
tp agak menyedihkan sebab B+ sangat banyak disitu..
lebih banyak dari A. haih.
Btw, Alhamdulillah syukur takde yg gagal.

Monday, March 21, 2011

lol. its funny aite?

I wasnt here too much nanti.. kot je lah..
cuz, takut lah nanti people will ask my result cane kan..
boring gila tuut skrg ni.. tengok tutor,blog etc etc.
pastu fb..err bosann.. online,online..
takde keje lain dah pagi buta ni.
baik-baik dah ada kerja berhenti..
nak wat cane.. rezeki takde..;)
sekarang aku baru je lepas kemas baju & baggage nak
bertolak ke langkawi 9pm nanti. ambil result SPM esok pagi.
tengah dalam keadaan bosan ni..
tercetus idea gila wat dialog sendiri kat chatting box dalam facebook tu.


siot je kan dialog tu. memang pun..
its suck, sucker punch.. bhaaha.

cakap pasal sucker punch best jugak
la tgk dia punya advertisement kan.
Jom..aku belanja.  hee~ jgn caya..

JPJ test.. yaayy! ;)












best gila dah pass JPJ test ni.mine test on 18 march 2011
sepatutnya 3 minggu lepas. yela,aku ingat result keluar haritu,
absof---inglutely chicks aa sapa yang sebar rumors tu.. lol
aku pun pi caya circle-circle apa yang chicks katakan tu..;D
but lil bit nerveous too bila dengar taklimat pegawai JPJ tu..
haha,nak dijadikan cerita no giliran aku adalah no.6 sesi 1.
tp time test im the 3rd candidates situ
cuz calon no 2,3 & 5 tak datang.
full marks untuk slope test.. bukit,parking and tiga penjuru.
okay,lepas calon no.4 tu keluar kereta
pegawai JPJ tu suruh aku masuk untuk road test pulak.
althought there's gonna be hundreds of eyes yg pandang aku pun,
taklah aku bawak panic ke, nervous ke nor be overconfident.
Smart and smooth je aku bawak kereta tu,
sebab pegawai tu senyap sunyi tak cakap apa-apa.
lainlah kalau ada yang lain simply tricks u to 'potong kereta',
laju sikit masa traffic light tengah orange,disuruhnya bantai je
tu namanya sengaja nak batalkan sebab diorang boleh
dapat duit senang2 je untuk calon ulangan..kan? ;)
untuk road test aku dapat 18/20.  he3..
dah selesai,she ask me to sign the pass form and
go back home with smile..

Sunday, March 20, 2011

Langkawi
















hye. its Langkawi. Malaysian jewel of Kedah.
I'll goin there these Tuesday with my parents & siblings
Cuz, I need to take my SPM 2010 certificate result,
Sijil Pelajaran Malaysia which is also known as
Malaysians Certificate of Education at my boarding school,
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Darul Aman.
where the result will come out these Wednesday, 23 March 2011.
wait for the coming uploading pic lepas aku holiday sana okay!. ;)

Assalamualaikum. ;)













Peace be upon U, U and You..
From now on, I'd like to sharing my feel,
opinion or what else I'll gonna like to.
That's why im creating a blog, blog or a block. lol
absolutely thats not funny aite? hmm.
Here Im Shafinas. U can call me anything
that U think is suitable for me.
Either Shafinas,Fynaz,Sha..
its okay. even u call me 'friends' or 'enemy'.. ;)
Actually I dont have any idea what I should write right now.
Err,Usually I always havva lot of idea..
but, whenever Im here or somebody bothering me,
the idea will gone and disappear, it wont come again..
how clever I'm. hu, okay.. okay.. its my fault.